Friday, 12 October 2012

be strong

be stronggg.... 
yeahhh... itu yang aku mahu.....
sem ni merupakan sem last dan banyak dugaan yang perlu aku tempuhi...
sem akhir ni jugak la aku banyak habiskan masa aku study kat library...
cayaaa laa cik pinky nie... hehehe...
maklum la banyak paper sem ni... 11 oct 2012 iaitu semalam aku 
perlu tempuhi dua paper pagi dan petang...
pening la dibuat nye sebab tak tahu nak study yang mane dulu..
so, aku larikan diri study kat library... kat situ boleh buat aku tenang..
tambahan pula, kalau duduk kat bilik banyak ganggu :

1. my lappy - keje nak on9 fb jer.. padahal xde pape pom yg penting
2. katil - seolah-olah memanggil aku untuk tidur jer.normal la tu,hehe

so, sebab tu la aku xleh duduk lam bilik..
tapi kalau aku serabut sangat2, aku akan dengar lagu ni kat my mp3..
boleh menenangkan hati ku beb..study pom tenang jer ase.. 
listen k.. :)

sangat menenangkan hati di kala stress.. so, layannn....


 peneman di kala sunyi+stress....



alhamdulillahhh...
aku dah tempuhi hari-hari yang sangat menyeksa aku tu...
6 paper in 1 week weii...
macam mane aku x stress...
 kawan2 bagi aku semangat, ase sebak pom ade...
 taknak nangis la konon..
tapi nangis jugak time nak tido..heheh
pape pom thanx guyss....
lurve u all... :)


rintihan & luahan :

Thursday, 27 September 2012

... AndAi LeLaki tAhU ..


hye guys...
wtper 2?mesti ngah sedap tido kan?
maklum la cuaca ari ni pom mmg sedap untuk tido..
hujan+sejuk...fuhhh..memang liat la nak bangun..kan?
boring gak tido lame2..hehe..
ari ni aku ade tajuk yg bez...hehehe
macam la expert sgt aku ni....pirahhh...
jom bace... lau xsudi baca tutup mata k... :P

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya... lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, 26 September 2012

stresssssss

haiii peeps... apa khabar?? sihat??
harap semua nya sihat2 jer disamping yg tersayang... hehe..
dua tiga minggu ni aku asyik tido lwt jer..mklum la byk assgmnt..
assgmnt+test+kuiz dan mcm2 lg la... adoiii..pening dibuatnye..
alhamdulillah semua nya bjalan dgn lncar.. dan assgmnt pula berjaya disiapkn 
pada masa yg ditetapkn... thnx a lot kpd team mate (fida,shikin,farah & fie).. 
saya sayang awak2 semua.. (",)


                              ********************
Final exam is around da corner.. xrasa mcm stdy week lgsg.. sbb ade test la,presentation laa...
nasib baik aku dpt tempuhi dgn tenang (wlupon kdg2 nangis sorang2..hehehe)..

Disaat aku ngah stress ni.. Mr.F dtg bagi smngat dan buat ku tersenyum untuk teruskn 
perjuangan sebagai student...ecececeeee....
tak lupa teman2 yg sentiasa brda dismping aku yg byk mmbantu dan selalu ade untuk Feeza..

Last but not least, doakan aku untuk final exam ni yea... Dan all the best untuk student2 
Diploma yang bakal menduduki final exam 1 october nanti... 

luahan dan rintihan 

kEhiDupAn...

Malam ni aku nak berbicara tentang kehidupan...
apa yang anda semua faham tentang kehidupan??
hmmm...semua orang pasti ada tafsiran masing2 kan?
tapi ingat, tak semua orang akan fikir benda yang sama dengan apa yang kita
fikir atau faham apa yang kita tahu tu jika tak ada PENJELASAN  yang
 JELAS dan BUKTI  yang KUKUH...! Be CAREFUL....!! huhuhu

Bila hati mula berbicara, jari jemariku mula menari..
Penceritaan mula di bentuk melalui tulisan dan bukan lisan..huhu..

kehidupan...


hidup ini umpama roda...
kadang kita di atas, kadangkala kita di bawah...
bila kita di bawah,
kita kena selalu pandang ke atas...
 untuk kita sentiasa berusaha untuk naik ke atas..
dan bila kita di bawah,
jangan kita lupa pandang ke bawah..
agar kita sedar di mana letaknya diri kita,
dari mana asal usul kita..
agar kita tak lupa pada insan yang berada di bawah..
untuk kita bantu mereka, agar bersama-sama kita
meniti saat manis bersama bila kita di puncak kejayaan...

***************************************************
kehidupan..kita tak kan lepas dari ujianNya.. berlimpahan onak dan duri yang
akan kita tempuhi.. hidup ini tak indah andai warna nya hanya manis..
kemungkinan ada yang lupa diri, lupa daratan, meninggi diri dan berbangga 
dengan apa yang ada.. tapi, kemanisan yang terselit dengan kepahitan akan mengajar 
kita erti syukur dan menghargai sesuatu...


hari ini kita berteman....

hari esok kita keseorangan...


hari ini kita gembira...


hari esok kita terluka...


kita bertemu dan berpisah....


kita kesepian, kesunyian, menangis...

sesekali kita perlu DERITA,
untuk mengenal erti BAHAGIA..
sesekali kita perlu KECEWA,
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
sesekali kita perlu MENANGIS,
untuk kita syukuri NIKMAT yang di beri...
sesekali kita perlu TERLUKA,
untuk kita kenal DIRI SENDIRI....

******************************************************

dalam jauh sebuah perjalanan,
ALLAH amanahkan sebuah perjuangan...
terimalah dengan kekuatan..
kadang2 sakit yang mendatang..
kadang2 teman tak sehaluan..
kadang2 cemerlang tak kesampaian...
NAMUN....
kita perlu gah di sisi ALLAH,
untuk meneruskan perjuangan...


LA Tahzan...

p/s : kadang-kadang Allah tak berikan kepada kita apa yang kita nak kerana ada yang
lebih baik untuk kita.... Namun, sentiasa ingat, Dia sentiasa bersama kita tika kita 
susah mahupun senang, tiada lain....



rintihan dan luahan ikhlas dari hati......

Monday, 24 September 2012

Hatiku berbicara

haiii sayang2 semua...
tetiba jer feeza ase nak menjiwa malam ni..hehe
layannnnnn...... (,")(",)

saban hari dugaan datang menyelubungi diri, hingga terbentuknya seembun air jernih di mata ini.
Tetapi akalku kuat mengatakan yang hadir adalah pelangi kehidupan, 
yang bukan untuk membinasakan, sungguhpun ia membebankan. 
Saat hatiku berbicara, basah pipi di malam hari, malah menyamar
tersenyum di siang hari. Lemah hati ini, hilang keyakinan, tiada arah tuju.
Walau hati mengucap sabar, walau bibir mengukir senyuman, walau muka bersinar seri, 
kepedihan hati nurani tetap menjalar, kerana gegaran tetap gegaran.
Dan yang terhiris tetap meninggalkan kesannya.
Kadangkala, ku tagih simpati buat yang perasan,
malangnya yang celik itu hanya bayangan,
akhirnya terbiar aku keseorangan.
Dan kadang2 ku bersuara,
mengapa perlu ku kesali asam garam kehidupan ini?
sedangkan ia takdir Ilahi. Menilai kuat atau lemah diri ini?
Gagal atau berjaya? Ada hikmah disebalik semua kejadian ini.
Berfikir sejenak, renungkanlah.
Semua yang di atur adalah yang terbaik buat diri ini.
Alhamdulillah. Aku redha dan berserah. Syukur Ya Allah.


"Hatiku berbicara lagi. Tentang diri ini, tentang kebahagiaan,
kesyukuran padaNya, sakit, pedih, terluka, tak siapa yang tahu.
Hanya Aku, dalam kesendirianku, dalam keterjagaanku.
AKU masih AKU (",)
Smile on my lip stay forever. 
Keep smile. Just be myself.
YES. I CAn Do iT...!!!!

rintihan dan luahan ikhlas :